Antara program yang telah diaturkan oleh pihak penganjur sepanjang kami di Jakarta, Indonesia adalah seperti lawatan ke Sekretariat ASEAN, Lawatan Taman Indonesia Indah, Program Bersama keluarga Angkat dan Juga Majlis Makan Malam dan Persembahan Kebudayaan daripada setiap Kontinjen Negara Terlibat. Kebanyakan program adalah sama seperti lain-lain negara yang dilawati oleh Kapal Nippon Maru. Ini kerana pihak pentadbir kapal dan juga pihak penganjur telah menetapkan satu aturcara program yang sama di mana setiap negara penganjur harus mengikut aturcara yang telah ditetapkan. Walau bagaimana pun kami tetap seronok dan banyak pengalaman yang kami dapati oleh kerana setiap negara mempunyai cara hidup dan kebudayaan yang berbeza.
Seperti sebelum ini di Singapura, program keluarga angkat di sini juga amat menarik dan keluarga angkat saya pun amat mesra dan baik. Mereka boleh dikatakan datang daripada eluarga yang agak berada dan rumah keluarga angkat saya juga berada di salah satu kawasan penduduk elit di tengah kota Jakarta. Pada malam pertama di rumah keluarga angkat, saya telah di bawa ke sebuah restoran Jepun dan kami adakan BBQ dinner di sana. Selepas makan malam, keluarga angkat membawa saya ke Hard Rock Cafe Jakarta di mana di sana telah ramai peserta SSEAYP berkumpul. Mereka telah dibawa ke sana oleh keluarga angkat masing-masing. Mungkin kelurga angkat telah berjanji untuk berkumpul di Hard Rock Cafe Jakarta dan mereka telah mengadakan mini party untuk kami di sini.
No comments:
Post a Comment