Cuba mendapatkan pandangan rakan-rakan yang lain. Jawapan yang dapat hanyalah jangan pergi. Macam-macam boleh berlaku dalam masa yang panjang ini. Sekali lagi cuba dapatkan pandangan rakan yang telah menyertai program ini. Jawapan yang dapat, rugi seumur hidup kalau tolak peluang yang hanya datang sekali sahaja ini. Kalau pikir-pikir balik, betul juga. Bukan senang nak dapat. Terpaksa menghadiri temuduga. Selepas itu, terpaksa menyertai kem pemilihan di mana terpaksa berdebat, public speaking dan menari tarian kebudayaan. Sesuatu yang tak pernah dibuat sebelum ini. Itu belum lagi kena morning exercise, jungle tracking dan treasure hunt. Macam nak pengsan dibuatnya. Bila dah dapat nak tolak. Rugi-rugi. Setelah berfikir secara mendalam, akhirnya saya menerima tawaran ini dan bermulalah kehidupan selama 2 bulan bergelar PY (Participant Youth) atau pun duta kecil negara.
Pelayaran kali ini bermula daripada Singapore sebelum ke negara seterusnya. Kami telah bertolak daripada KLIA ke Singapore pada 9 Sept 2003. Kami telah berada di Singapore selama 7 hari sehingga 15 Sept 2003. Semasa di Singapore, berbagai aktiviti telah di aturkan untuk kami antaranya lawatan ke Pulau Sentosa, tinggal bersama keluarga angkat dan juga perjumpaan dan majlis makan malam bersama pemimpin di sana. Sepanjang perjalanan kami telah di konvoi oleh anggota polis yang bertugas. Terasa seperti seorang menteri yang membuat sedang lawatan rasmi. Kenangan paling tak dapat dilupakan adalah semasa tinggal bersama keluarga angkat. Layanan mesra yang diberikan oleh kedua ibu bapa angkat seolah olah seperti berada bersama keluarga sendiri. Tiada masalah bahasa kerana mereka daripada keluarga melayu. Mungkin ini adalah salah satu sebab mengapa saya agak mesra dengan keluarga ini.
1 comment:
As'kum. Saya 'Ayah Aki' dari Danau Kota, Kuala Lumpur. Rakan bernama Zulkernain bin Majid perlu hubungi saudara terdekat beliau yang dikenali dengan nama 'Zai' di Singapura yang mengusahakan pelbagai projek di Dubai. Jika berpeluang berjumpa dengan ahli keluarga Encik Majid dan mengenali Zulkernain bin Majid mohon hubungi saya dengan segera. H/P 012-2712187 e-mel akiabdullah@gmail.com. Salam Hormat Salam Sejahtera. Terima kasih. InsyaAllah.
Post a Comment