Monday, August 25, 2008

Sawadekap



















trip paling latest untuk 2 bulan lepas is thailand.... ok gak la tp tak brape nak puas ati.... lepak umah membe yg duduk kat kg.batas changlun.... trip ni 3 hari sebelum benti keje sebab dpt offer best huhu slamat tinggal FOS

Heaven di Bukit Tinggi...

Jam 7.50 pagi, 24 April 2008 , aku ngan 5 orang bekas peserta program antarabangsa korea menuju ke kota Padang Indonesia dr LCCT untuk reunion kami kali yg ke lapan blas ratus huhu....., flight 2 jam tak rasa lama sebab xcited nak pegi,sampai kat padang pukul 8.50 pagi akhirnya sampai juga dkat Airport Minangkabau.....sampai je kat sini atmosphere sume betukar, memunk bumi minang ni fresh and dara lagi..... kluar je dr airport sume nak "pipis",sejuk wa cakap lu, mulanya dah janji ngan kawan untuk fetch kiteorg dari airport tp nak wut mcmane kawan bole tesalah tgk waktu flight, tak de rezki nak naik bukit tinggi free hehe...tp syukur alhamdulillah kite org jupa pak supir yg baek bangat Pak Wahid namanya muka seyes @ ketat tangan ada tatu tp bila aku ckp muka puteh suci takan tipu plak tegelak besar die, gigi takde yang aku tak tahan tu...kite org naik anova yg baru dibeli kata pak wahid kite org ni org yg ke sebelas puluh hengget yg naik annova die memunk nampak baru lagi r, dr padang ke bukit tinggi makan masa 2 jam mcm2 r pengalaman sepanjang perjalanan tu mcm2 pak wahid tunjuk kat kite org, tgk rumah minang kabau, mkn kat kedai paling feymes kat situ kedai Pak Datok, melawat air lembah anai and yg paling best tgk view gunung merapi fuhhhh layan beb...
Sampai dekat bukit tinggi kite org lepak dkat otel Ambun Suri ble tahan gak la otel nya tak de akon tapi memunk sejuk, ada otel murah tp jauh la kalo nak g shopping n jejalan nanti so kalo otel yg kite org duduk ni jln kaki sikit dengan kedai panjang kata memang berbaloi r kira mcm kamdar r kih kih kih...sampai je letak2 beg kite org trus call pak wahid untuk agenda seterusnya, melawat ke tapak penanaman padi bukit org2 sumatra then pegi ke Lubuk Jepun, Great Canyon, Kota Perak n g pusing2 n shopping sampai lebam sekitar bukit Tinggi, overall ok la tak de la besar sgt kira mcm kat sg. besi tu je huhu....

Malam kat bukit tinggi ni tak happening sgt so pepandai r kena caik hiburan sendiri, duk bilik pun allrike gak kat tb tu melambak2 reality show indonesia no wonder byk sgt rtis2 dowunk yg bebakat kat malaysia ni. kite org ronda2 caik mkn and d best part pe lagi bile da penat dpt katil tido la ehhehehehe.....next day kite org da start tuka telo jd org ndon n start pusing sekitar bukiit tinggi n kawasan yang sewaktu denganya, first pusing2 dkat Jam Gadang memunk ramai org budak skola sume ada yg takde kak leha ngan mak jah je sebab duwonk kena buat kuih org order, kat jam gadang ni la salah sowunk dr team kite org dpt adik angkat tak tau nama die sapa tapi aku bugy die nama Ambun Omm cute gak tp nak wut mcmane takkn kite org nak tanggung die plak?... seterusnya pusing2 caik souvenier and barang2 pelik, mcm2 ada n murah2 n puas ati r.....
Hari seterusnya kita org bangun awal pagi sebab kawan da janji nak jemput kite org n bawa ke bandar padang, sorang nama Endo (Korea Youth Camp) dan sorang lagi Tanta (MAS-INA Youth Camp). dorang ni memunk sporting kite org sampai terhangguk2 dlm jip sebab jalan tak berapa nak baguih turun bukit naik bukit nak pegi ke Tasik Meninjau memunk cantik r tasik ni, seterusnya mkn tengahari skali lg dkat Pak Datok n straight g Padang pusing2 n jupa otel Hang Tuah yg dekat ngan bandar n laut so petang tu kite org g laut buat shooting untuk cover album baru kah kah kah.....malam g caik barang outdoor kegemaran kawan2 dkat pasaraya Ramayana kat sinin Eager antara barang outdoor yg murah n style r, mlm tu kite tauke kedai tutup awal sebab bayangkanlah sowunk mesti beli 2 3 barang mana tak untung tapi bukan apa die tutup awal jam da pukul 9 lebe memunk da waktu wajib untuk ditutup huhu... mkn mlm kite org dkt fast food Es Teller, kedai yg mcm kedai air batu campur ni telah mencaikan salah sorang dari kami sampai bila nak mkn je mesti nak minum es teller tp kesimpulanya bugy aku rasa es teller tu memunk tak ble blah....next day kite org pusing2 caik pasal kat pasaraya Matahari n caik barang2 yg tak cukup jupa awek n beli cd Ayat - Ayat Cinta(bukan aku beli member aku beli).....

Lepas maghrib Endo dtg jemput kite org nak bawak g rumah die hehe... ( da save blanja otel) mlm tu die bawak g universiti Padang tempat dia ngan Tanta Blaja, dlm utam uni tu memunk the scary movie r siap jumpa pocong tiruan duk lepak dpan pakguard seram.....so mlm tu santai tgk cd Ayat-Ayat Cinta kat rumah Endo n tido.....esok pagi kul 6 pagi lebe sikit kite org da bangun Endo bawak jupa kawan die bekal budak kapal n kawan kepada Wan then straight ke airport....memunk tak duga kad ketibaan salah sorang hilang tak pasal2 kena baya rm50 seb baek ada lpas tu kira2 10.30pagi flight kite org berlepas ke kl....balik cpat pulak 45 minit je due to weather condition, syukor alhamdulillahsume selamat........insya4JJ1 next time kite org akan buat lagi trip cenggini, pada yg berminat ble r join....

Friday, August 8, 2008

salam dari admasnoor

Baru join ler...
sesaja nak test..
nanti saye open new story......
byk juga story terpendam.....
okies

Tuesday, August 5, 2008

Program Kapal Belia ASEAN dan Jepun ke 30 - Indonesia

Pada 16 Sept 2003, Kapal Nipon Maru telah berlabuh di Pelabuhan Tanjong Priuk, Jakarta, Indonesia. Ketibaan kami di sana telah di sambut oleh belia-belia Indonesia sejak dari awal pagi lagi. Walaupun hujan renyai-renyai menyambut kedatangan kami, tetapi sambutan yang diberikan tetap meriah. Dengan kehadiran kumpulan pancaragam dan kumpulan sorak menyebabkan kami amat terharu dengan persiapan pihak penganjur di Indonesia.

Antara program yang telah diaturkan oleh pihak penganjur sepanjang kami di Jakarta, Indonesia adalah seperti lawatan ke Sekretariat ASEAN, Lawatan Taman Indonesia Indah, Program Bersama keluarga Angkat dan Juga Majlis Makan Malam dan Persembahan Kebudayaan daripada setiap Kontinjen Negara Terlibat. Kebanyakan program adalah sama seperti lain-lain negara yang dilawati oleh Kapal Nippon Maru. Ini kerana pihak pentadbir kapal dan juga pihak penganjur telah menetapkan satu aturcara program yang sama di mana setiap negara penganjur harus mengikut aturcara yang telah ditetapkan. Walau bagaimana pun kami tetap seronok dan banyak pengalaman yang kami dapati oleh kerana setiap negara mempunyai cara hidup dan kebudayaan yang berbeza.

Seperti sebelum ini di Singapura, program keluarga angkat di sini juga amat menarik dan keluarga angkat saya pun amat mesra dan baik. Mereka boleh dikatakan datang daripada eluarga yang agak berada dan rumah keluarga angkat saya juga berada di salah satu kawasan penduduk elit di tengah kota Jakarta. Pada malam pertama di rumah keluarga angkat, saya telah di bawa ke sebuah restoran Jepun dan kami adakan BBQ dinner di sana. Selepas makan malam, keluarga angkat membawa saya ke Hard Rock Cafe Jakarta di mana di sana telah ramai peserta SSEAYP berkumpul. Mereka telah dibawa ke sana oleh keluarga angkat masing-masing. Mungkin kelurga angkat telah berjanji untuk berkumpul di Hard Rock Cafe Jakarta dan mereka telah mengadakan mini party untuk kami di sini.
Pada 20 Sept 2003, dengan perasaan yang sedih, saya terpaksa meninggalkan keluarga angkat dengan perasaan yang berat. Pangalaman yang amat berharga semasa tinggal bersama mereka tidak dapat dilupakan. Tepat jam 4.00 petang, semboyan kapal ditiupkan. secara perlahan-lahan kapal bergerak meninggalkan Jakarta dan meneruskan pelayaran ke Pelabuhan Klang, Selangor, Malaysia. Kapal akan berlabuh di Malaysia selama seminggu pada 21 - 27 Sept 2003.

Program Kapal Belia ASEAN dan Jepun ke 30 - Singapore

Tahniah, anda telah terpilih bagi mengikuti Program Pelayaran Kapal Belia ASEAN dan Jepun Kali ke 30/2003. Masih lagi di dalam keadaan dilema kerana program yang akan disertai ini terlalu mengambil masa yang panjang. Lebih kurang 2 bulan terpaksa meninggalkan Malaysia. Dengan komitmen kerja yang sedia ada serta keadaan ekonomi diri yang tidak stabil menyebabkan hati ini rasa berbelah bagi.

Cuba mendapatkan pandangan rakan-rakan yang lain. Jawapan yang dapat hanyalah jangan pergi. Macam-macam boleh berlaku dalam masa yang panjang ini. Sekali lagi cuba dapatkan pandangan rakan yang telah menyertai program ini. Jawapan yang dapat, rugi seumur hidup kalau tolak peluang yang hanya datang sekali sahaja ini. Kalau pikir-pikir balik, betul juga. Bukan senang nak dapat. Terpaksa menghadiri temuduga. Selepas itu, terpaksa menyertai kem pemilihan di mana terpaksa berdebat, public speaking dan menari tarian kebudayaan. Sesuatu yang tak pernah dibuat sebelum ini. Itu belum lagi kena morning exercise, jungle tracking dan treasure hunt. Macam nak pengsan dibuatnya. Bila dah dapat nak tolak. Rugi-rugi. Setelah berfikir secara mendalam, akhirnya saya menerima tawaran ini dan bermulalah kehidupan selama 2 bulan bergelar PY (Participant Youth) atau pun duta kecil negara.

Pelayaran kali ini bermula daripada Singapore sebelum ke negara seterusnya. Kami telah bertolak daripada KLIA ke Singapore pada 9 Sept 2003. Kami telah berada di Singapore selama 7 hari sehingga 15 Sept 2003. Semasa di Singapore, berbagai aktiviti telah di aturkan untuk kami antaranya lawatan ke Pulau Sentosa, tinggal bersama keluarga angkat dan juga perjumpaan dan majlis makan malam bersama pemimpin di sana. Sepanjang perjalanan kami telah di konvoi oleh anggota polis yang bertugas. Terasa seperti seorang menteri yang membuat sedang lawatan rasmi. Kenangan paling tak dapat dilupakan adalah semasa tinggal bersama keluarga angkat. Layanan mesra yang diberikan oleh kedua ibu bapa angkat seolah olah seperti berada bersama keluarga sendiri. Tiada masalah bahasa kerana mereka daripada keluarga melayu. Mungkin ini adalah salah satu sebab mengapa saya agak mesra dengan keluarga ini.

Antara tempat-tempat yang dilawati sepanjang program ini di Singapore adalah China Street, Kampung Melayu Geylang, Little India, Muzium Bomba dan juga Sentosa Island. Buat pertama kali menjejaki Singapore, rasanya tidak jauh bezanya dengan negara sendiri cuma terpaksa diakui Singapore agak bersih jika dibandingkan dengan Kuala Lumpur. Mungkin disebabkan penguatkuasaan yang ketat oleh pihak berwajib. Sungai dan kawasan perairannya memang bersih dan susah jika ingin melihat sampah di dalam air. Kualiti airnya juga jernih dan berasa agak kagum dengan teknologi yang mereka gunakan. Pada hari terakhir, kami telah bertolak ke pelabuhan bersama keluarga angkat dan terpaksa meninggalkan kenangan di Singapore. Kapal Nippon Maru memulakan pelayarannya bersama lebih kurang 330 orang peserta daripada negara ASEAN dan Jepun meninggalkan Singapore menuju ke Jakarta, Indonesia.

Monday, August 4, 2008

Program Khidmat Sosial Negara ke Negara Laos

Pada tanggal 13 Oktober 2002, bagaikan tidak percaya saya mula menjejaki sebuah negara asing. Selama ini sebagai anak muda yang hanya mempunyai impian dan cita-cita untuk ke negara luar tetapi segalanya bagaikan mimpi setelah diberikan peluang oleh Pihak Kementerian Belia dan Sukan melalui Program Khidmat Sosial Negara ke Negara Laos. Pada asalnya peluang ini datang pada tahun 2001, tetapi disebabkan pada waktu itu masih bertugas di salah sebuah syarikat IT , hasrat itu terpaksa dilupakan dan diserahkan kepada teman seperjuangan yang lain.

Pada tahun 2002, sekali lagi dipanggil ke temuduga program yang sama dan peluang ini tidak dilepaskan lagi setelah meletakkan jawatan secara sukarela atas alasan ingin berdikari dan ingin bergelar usahawan. Setelah bekerja sendiri, maka mulalah satu episod kehidupan yang baru di dalam dunia belia ini dan dapat memberikan sepenuh komitmen di dalam program-program belia termasuk Rakan Muda. Akhirnya, saya telah terpilih untuk mewakili Malaysia di dalam program ini ke Negara Laos. Seramai 12 orang belia di seluruh negara telah terpilih di dalam program ini setelah menghadiri proses temuduga yang telah diadakan. Anak-anak muda di lingkungan umur 20 - 25 tahun ini telah terlibat di dalam program khidmat masyarakat di sana. Antarnya kami telah bergotong-royang mengecat masjid dan mengadakan gotong-royong membersihkan sekolah yang boleh dikatakan amat daif pada waktu itu. Selain daripada gotong-royong, kami juga telah dibawa melawat ke National Universiti Of Laos dan ke sebuah sekolah menengah di mana pihak MIMOS daripada Malaysia telah menaja sebuah makmal komputer di sana.

Semasa di sana, Kami telah menginap di Hotel Dansavaan milik seorang rakyat Malaysia yang berasal dari Ipoh, Perak. Pihak kedutaan Malaysia telah mencadangkan kami menginap di sana kerana kami boleh mendapat makanan halal yang telah diuruskan oleh pihak kedutaan. Perjalanan dari lapangan terbang ke hotel hanya memakan masa 10 minit oleh kerana hotel tersebut terletak berhampiran lapangan terbang. Antara tempat-tempat menarik di Bandar Vientine, Laos ialah Menara Pattuxay, Sungai Mekong yang memisahkan antara Laos dan Thailand, Muzium Kebangsaan dan beberapa tempat yang lain. Untuk catatan perjalanan ini, mungkin banyak maklumat tidak dapat diceritakan kerana buku catatan yang dibuat sepanjang perjalanan ini tidak dijumpai dan masih berusaha mencarinya. (gambar di atas merupakan sebuah masjid yang terletak di perkampungan Islam di Bandar Vientine di mana penulis sedang mengecat salah satu menara di masjid tersebut).
Antara pengalaman yang tidak dilupakan oleh saya yang pertama kali menjejaki negara luar ialah kami telah pergi ke sebuah perkampungan kira-kira 2 jam perjalanan menaiki bas daripada bandar Vientine. Di kampung tersebut penduduknya amat daif dan agak sukar untuk mencari tandas kerana mereka tidak pernah menggunakan tandas. Semasa di sana, kami telah membawa peralatan memasak kami sendiri dan penduduk kampung telah datang menyaksikan kami bergotong-royong membersihkan sekolah dan kemudian memasak makanan untuk dinikmati bersama penduduk kampung. Lauk yang agak ringkas iaitu sambal ikan sardin, telur goreng dan juga sayur kobis. Apa yang memeranjatkan kami, pada keesokan harinya penduduk kampung telah memasak lauk yang serupa untuk kami dan tidak membenarkan kami memasak pada hari tersebut. Dalam keadaan terpaksa dan kasihan di atas usaha penduduk kampung itu, kami memakan secara ala kadar dan untuk mengalas perut yang sememangnya lapar. Bukan sengaja untuk kami berbuat demikian, tetapi memikirkan kebersihan dan keselamatan kesihatan kami memandangkan keadaan kampung tersebut. Penduduk kampung juga telah mengadakan majlis perpisahan untuk kami di mana kami telah dipakaikan benang di tangan atas lambang persahabatan dan dijamukan dengan kuih muih tradisional dan juga ayam panggang. Atas alasan agama, kami telah menolak secara baik untuk makan ayam panggang tetapi kuih muih berasaskan pulut dan nasi tetap kami nikmati. Kami amat terharu di atas layanan mereka walaupun kami tidak dapat bercakap di sebabkan masalah perbezaan bahasa dan terpaksa menggunakan khidmat jurubahasa.
Setelah kira-kira 10 hari menetap di sana, dengan hari yang sedih bercampur gembira, kami berangkat pulang ke Malaysia. Seperti mana kami datang dahulu, kali ini juga kami singgah di Bangkok, Thailand kerana perkhidmatan laluan terus Kuala Lumpur ke Vientien masih belum ada lagi. Pada 23 Oktober 2002, kami menjejaki semula Kuala Lumpur dengan rasa bersyukur kerana selamat pulang ke tanah air dengan rasa bangga. Misi kami selama 10 hari di sana telah berjaya kami laksanakan walaupun agak rasa keletihan di sebabkan keadaan cuaca di sana yang agak panas terik.

Catatan Kembara Belia

Alhamdulillah.. akhirnya cita-cita saya untuk mewujudkan blog ini tercapai. Sudah lama hasrat ini di pendam untuk mewujudkan sebuah blog tetapi di atas beberapa faktor. Antaranya faktor masa yang sentiasa dijadikan alasan disebabkan tugas dan amanah yang dipikul. Rugi rasanya pengalaman yang didapati daripada hobi mengembara ini tidak dijadikan satu catatan untuk dikongsi bersama rakan-rakan diluar sana yang mempunyai minat yang sama. Di harapkan catatan ini tidak akan berhenti dan dapat diteruskan sehingga hayat masih ada. Semoga anda yang mengunjungi blog ini dapat memberikan komen yang membina serta turut sama berkongsi pengalaman agar dapat dijadikan panduan dan ilmu yang berguna yang boleh dikongsi bersama. Jika bajet yang selama ini dijadikan alasan untuk kita pergi ke negara luar, semoga pengalaman yang dicatatkan disini dapat dijadikan motivasi untuk kita mulakan penjelajahan ke negara asing untuk menimba pengalaman serta tips - tips berguna yang boleh dijadikan panduan semasa berada di sana.