Friday, October 31, 2008

2007 Asia Pacific Youth Rally, Seoul Korea


Pada 27hb hingga 29hb Julai 2007, saya telah mengikuti Asia Pacific Youth Rally buat kali pertama yang dianjurkan oleh Hostelling International Of Korea. Program ini telah diadakan di Olympic Parktel dan telah disertai oleh beberapa negara dari rantau Asia Pacific. Buat pertama kali juga saya menjejak kaki ke bumi Korea.
Cuaca pada waktu ini amat panas kerana pada bulan Julai merupakan musim panas di Korea. Walaupun kita lihat seperti berjerubu, tetapi bahang panas cukup untuk membuatkan kita berpeluh dan sentiasa inginkan minuman yang sejuk.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ini adalah Pameran Kebudayaan Rakyat Korea, perbincangan berkumpulan, pembentangan kumpulan, persembahan kebudayan daripada setiap negara, melawat tempat-tempat menarik sekitar Seoul, Jamuan Makan Malam dan juga aktiviti untuk peserta luar iaitu tinggal bersama keluarga angkat selama 2 malam. Untuk aktiviti keluarga angkat, ianya diadakan selepas program ini berakhir.


Mencuba pakaian traditional Rakyat Korea

Korean Pizza. Pizza ini berasaskan makanan laut

Kontinjen Malaysia bergambar di Seoul Tower

Bersama keluarga angkat

Makanan Korea. Terdiri daripada Sup Tahu, Nasi seperti pulut dan sayur taugeh

Di Muzium Olympic

Tuesday, October 28, 2008

Bersantai di Johor

Pada tanggal 22hb ogos 2008, saya sekeluarga telah ke Johor Bahru untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat kami. Bersempena dengan itu, saya telah mengambil kesempatan untuk bercuti di Johor Bahru kerana sudah agak lama saya tidak ke sana. Di Johor Bahru, kami telah menginap di The Zon Regency Hotel. Sebuah hotel yang agak besar menghadap terus Negara Singapura. Pada mulanya kami bercadang ingin ke Singapura, tetapi disebabkan kesuntukan masa kami tidak dapat meneruskan niat kami ke sana.

Pemandangan dari balkoni di luar bilik.

Selesai sahaja urusan check in, kami terus keluar ke Restoran Singgah Selalu yang terletak berhampiran Danga Bay. Di Restoran ini, pelbagai sajian masakan asli Johor ada dihidangkan. Bagi kami yang tengah lapar ni, kami telah mencuba pelbagai jenis sajian termasuk lauk pauk dan juga kuih muih tradisional Johor. Rasa makanan dan layanan yang terdapat di restoran ini amat memuaskan.

Antara tempat-tempat yang sempat kami lawati adalah Danga Bay. Satu tempat berhampiran tambak johor dan bermacam-macam tarikan untuk pelancong telah disediakan di sini. Antaranya Pusat Kraftangan, Pusat Jualan, Taman Hiburan, Mini Zoo, Mini Train dan juga Gerai-gerai Makanan Laut yang sedia menanti anda. Terdapat juga sebuah kawasan yang di Panggil Rumah Limas, di mana di sini dibina rumah-rumah tradisional Negeri Johor.
Menaiki Train mengelilingi Danga Bay.

Rumah Limas

Setelah puas dan penat berjalan di sekitar Danga Bay, perut pun terasa lapar. Kami telah memilih salah sebuah gerai makanan laut yang terdapat di situ. Makanan laut di situ telah dihidangkan secara ala Johor. Rasanya amat menyelerakan.

Pada keesokan harinya, kami meninggalkan The Zon menuju ke Plentong bagi menghadiri Majlis Perkahwinan rakan kami. Setelah selesai, kami pun pulang ke Kuala Lumpur.

Friday, October 24, 2008

SSEAYP General Assembly Cambodia 2007


Pada 28 April hingga 1 Mei 2007, telah berlangsung SSEAYP International General Assembly di mana pada tahun ini, Negara Cambodia telah menjadi tuan rumah. Program ini telah diadakan di Siem Reap, iaitu sebuah kawasan di Cambodia yang terkenal dengan binaan Angkor Wat. SSEAYP International General Assembly atau dikenali sebagai SIGA merupakan program perjumpaan tahunan bagi bekas peserta Program Kapal Belia ASEAN dan Jepun dan diadakan secara bergilir di antara negara-negara ASEAN dan Jepun.
Kontinjen Malaysia yang terdiri daripada 60 orang peserta telah menyertai program pada tahun ini. Ia merupakan kontinjen paling ramai sekali berbanding negara ASEAN yang lain.

Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang program ini ialah forum, diskusi, Jamuan Makan Malam, Persembahan Kebudayaan dan juga lawatan. Antara objektif utama ianya diadakan adalah untuk merapatkan hubungan diantara bekas peserta kapal yang bermula pada tahun 1974.

Semasa di Siem Reap, kami berkesempatan mengunjungi Masjid Neak Mah yang terletak berhampiran Bandar Siem Reap dan di tengah-tengah perkampungan Islam di sana.

Kami juga telah di bawa ke Angkor Wat di mana ianya merupakan sebuah kawasan sejarah dan ianya telah diwartakan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO. Binaan yang telah berusia ratusan ribu tahun ini masih kukuh dan dibuka untuk kunjungan para pelancong.

Seperti juga di Thailand, di sini juga terdapat tut-tut yang merupakan salah sebuah pengangkutan awam yang popular. Dengan hanya membayar USD2, anda akan di bawa ke destinasi pilihan anda.

Setelah tamat persidangan kami, kami telah berangkat ke Phnom Phen, iaitu ibu negara Cambodia. Tak lengkap rasanya kunjungan ke Cambodia jika kami tidak ke Phnom Phen. Semasa di Phnom Phen, kami telah dibawa melawat Istana Di Raja dan juga ke Rusian Market di mana ianya merupakan kawasan membeli belah yang agak popular di Bandar Phnom Phen.


Kami juga telah di bawa ke Muzium Tuolsleng Genocide. Muzium ini merupakan sebuah muzium kesan peninggalan kekejam Rejim Pol Pot. Ianya merupakan sebuah sekolah di tengah bandar Phnom Phen di mana di zaman kekejaman Pol Pot, ianya telah dijadikan penjara dan tempat mendera serta membunuh para cendikiawan dan penentang yang terdapat di Cambodia. Sehingga hari ini masih terdapat kesan-kesan daripada penderaan seperti tengkorak, kesan darah dan bekas terbakar di muzium ini. Kami di fahamkan kesan-kesan ini sengaja tidak dibersihkan untuk dijadikan bahan sejarah dan kenangan untuk masyarakat Cambodia supaya mengingati kekejaman Pol Pot.

Setelah 2 hari berada di Phnom Phen, kami berangkat pulang ke Malaysia.

Cuti-cuti di Thailand


Pada 22 Dec 2007 yang lalu, saya bersama-sama keluarga telah bercuti ke Bangkok, Thailand. Percutian selama 3 hari 2 malam ini telah diuruskan sepenuhnya oleh rakan-rakan di Hostelling International Thailand.

Kami telah menginap di HI Far East Inn yang terletak di Kawasan Pratunam yang terkenal dengan kawasan membeli belah. Antaranya Platinum Mall dan Central World Plaza. HI Far East Inn ini merupakan salah sebuah hotel di dalam rangkaian Hostelling International (HI).

Di kawasan Pratunam, agak mudah untuk mendapatkan makanan halal kerana terdapat sebuah masjid yang terletak di Phetchaburi Road. Masjid ini dikenali sebagai Masjid Darul Aman. Salah sebuah restoran yang menjadi kegemaran kami ialah Restoran Hayati. Kalau nak rasa tomyam original thailand, bolehlah berkunjung disini. Makanan di sini semuanya sedap2 dan harganya agak berpatutan.
Antara tempat-tempat menarik yang sempat kami lawati adalah Damnern Saduak Floating Market dan juga Thai Village. Di Floating Market, kami dapat melihat peniaga-peniaga yang menjual barangan di dalam sampan. Kami berkesempatan menaiki bot menyusuri sungai ini untuk melihat aktiviti perniagaan di sepanjang sungai ini. Satu keadaan yang amat unik dan ianya merupakan salah satu tarikan kepada pelancong di Thailand.
Thai village merupakan sebuah sebuah perkampungan yang dibina bagi kemudahan pelancong untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai kebudayaan dan cara hidup masyarakat Thai. Di sini kami berpeluang menunggang gajah dan melihat persembahan kebudayaan yang menceritakan aktiviti dan cara hidup masyarakat thai. Persembahan ini mengambil masa kira2 satu jam.
Pada 24 Dis 2007, kami berangkat pulang ke Malaysia dengan menaiki pesawat Air Asia. Sebuah percutian yang sungguh menarik dan tidak dapat dilupakan di Bangkok, Thailand.

Thursday, October 23, 2008

Hostelling International Hong Kong Charity Walk 2008

Hostelling International Hong Kong Charity Walk telah berlangsung pada 20 January 2008 bertempat di Ngong Ping, Hong Kong. Ngong Ping merupakan kawasan pergunungan di mana ia merupakan salah satu tempat tarikan pelancongan khususnya buat penganut Budha kerana terdapat sebuah Kuil Budha yang besar berbentuk sami buddha yang tengah bertapa terletak di puncak gunung ini.
Perjalanan kami bermula di Macau di mana kami menaiki pesawat MAS ke Macau. Setelah melawat sekitar Macau, kami menaiki Feri menuju ke Hong Kong. Perjalanan Feri mengambil masa kira-kira satu jam dari Macau.
Selain daripada menyertai Charity Walk, kami juga sempat melawat beberapa tempat yang menarik di sekitar Hong Kong. Antaranya Disneyland, The Peak, Tai O island dan beberapa kawasan di sekitar Hong Kong.
Makanan halal agak mudah di sini kerana terdapat sebuah Masjid yang agak besar di kawasan Kowloon. Di sekitar masjid ini terdapat banyak restoran halal dimana pemiliknya berasal daripada Pakistan, Turki dan juga Hong Kong sendiri.
Perjalanan kami diteruskan lagi ke Guang Zhao, China. Perjalanan mengambil Masa Kira-kira 2 jam dari Hong Kong dengan menaiki keretapi. Sepanjang perjalanan kami telah melalui bandar Shenzen sebelum sampai di Ghuang Zhao. Kami telah melawat hostel di sana dan menginap di sana selama satu malam sebelum kami bertolak ke Shenzen. Seperti juga Ghuong Zhao, di Shanzen kami melawat hostel di sana dan menginap selama satu malam sebelum bertolak semula ke Macau dengan menaiki feri. Di Macau, kami terus ke lapangan terbang dan pulang semula ke Malaysia.













Disneyland

Kontinjen Malaysia

Youth Hostel di Hong Kong.

Peninggalan Gereja St Paul yang terdapat di Macau. Sebuah lagi terdapat di Melaka.

Youth Hostel di Ghuong Zhao.

Asia Pacific Youth Rally In Taiwan

Pada 14 - 19 Ogos yang lalu, telah berlangsung Asia Pacific Youth Rally. Pada tahun ini, tiba giliran Taiwan pula menganjurkan program yang melibatkan para peserta daripada negara-negara Asia Pasific. Antara negara yang telah menghantar wakil ialah Malaysia, Taiwan, Hong Kong, Thailand, Vietnam, Australia, New Zealand, Singapore, Jepun dan juga Korea.

Antara aktiviti untuk program tahun ini ialah perbincangan kumpulan, persembahan kebudayaan dan juga lawatan. Tak ketinggalan juga program bercorak amazing race dimana para peserta terpaksa pergi ke tempat-tempat yang telah di tentukan di Bandar Taipei dan diberikan tugasan untuk mendapat hadiah yang istimewa. Antara program yang amat dinanti-nantikan ialah lawatan ke Taman Negara Tarako, Menara Taipei 101 dan juga lawatan ke hostel-hostel sekitar Taiwan.












Kontinjen Malaysia















Taipei 101 Tower





Peserta bergambar
di Taman Negara Toroko
























Restoran Halal di Airport Hong Kong

Jika anda transit atau berkunjung ke Hong Kong, salah sebuah restoran Halal yang ada di sana terletak di Balai Perlepasan Lapangan Terbang Hong Kong. Jika dah seminggu tak makan ayam, mungkin di sini dapat mengubat kerinduan anda untuk makan ayam goreng.