Friday, October 24, 2008

Cuti-cuti di Thailand


Pada 22 Dec 2007 yang lalu, saya bersama-sama keluarga telah bercuti ke Bangkok, Thailand. Percutian selama 3 hari 2 malam ini telah diuruskan sepenuhnya oleh rakan-rakan di Hostelling International Thailand.

Kami telah menginap di HI Far East Inn yang terletak di Kawasan Pratunam yang terkenal dengan kawasan membeli belah. Antaranya Platinum Mall dan Central World Plaza. HI Far East Inn ini merupakan salah sebuah hotel di dalam rangkaian Hostelling International (HI).

Di kawasan Pratunam, agak mudah untuk mendapatkan makanan halal kerana terdapat sebuah masjid yang terletak di Phetchaburi Road. Masjid ini dikenali sebagai Masjid Darul Aman. Salah sebuah restoran yang menjadi kegemaran kami ialah Restoran Hayati. Kalau nak rasa tomyam original thailand, bolehlah berkunjung disini. Makanan di sini semuanya sedap2 dan harganya agak berpatutan.
Antara tempat-tempat menarik yang sempat kami lawati adalah Damnern Saduak Floating Market dan juga Thai Village. Di Floating Market, kami dapat melihat peniaga-peniaga yang menjual barangan di dalam sampan. Kami berkesempatan menaiki bot menyusuri sungai ini untuk melihat aktiviti perniagaan di sepanjang sungai ini. Satu keadaan yang amat unik dan ianya merupakan salah satu tarikan kepada pelancong di Thailand.
Thai village merupakan sebuah sebuah perkampungan yang dibina bagi kemudahan pelancong untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai kebudayaan dan cara hidup masyarakat Thai. Di sini kami berpeluang menunggang gajah dan melihat persembahan kebudayaan yang menceritakan aktiviti dan cara hidup masyarakat thai. Persembahan ini mengambil masa kira2 satu jam.
Pada 24 Dis 2007, kami berangkat pulang ke Malaysia dengan menaiki pesawat Air Asia. Sebuah percutian yang sungguh menarik dan tidak dapat dilupakan di Bangkok, Thailand.

Thursday, October 23, 2008

Hostelling International Hong Kong Charity Walk 2008

Hostelling International Hong Kong Charity Walk telah berlangsung pada 20 January 2008 bertempat di Ngong Ping, Hong Kong. Ngong Ping merupakan kawasan pergunungan di mana ia merupakan salah satu tempat tarikan pelancongan khususnya buat penganut Budha kerana terdapat sebuah Kuil Budha yang besar berbentuk sami buddha yang tengah bertapa terletak di puncak gunung ini.
Perjalanan kami bermula di Macau di mana kami menaiki pesawat MAS ke Macau. Setelah melawat sekitar Macau, kami menaiki Feri menuju ke Hong Kong. Perjalanan Feri mengambil masa kira-kira satu jam dari Macau.
Selain daripada menyertai Charity Walk, kami juga sempat melawat beberapa tempat yang menarik di sekitar Hong Kong. Antaranya Disneyland, The Peak, Tai O island dan beberapa kawasan di sekitar Hong Kong.
Makanan halal agak mudah di sini kerana terdapat sebuah Masjid yang agak besar di kawasan Kowloon. Di sekitar masjid ini terdapat banyak restoran halal dimana pemiliknya berasal daripada Pakistan, Turki dan juga Hong Kong sendiri.
Perjalanan kami diteruskan lagi ke Guang Zhao, China. Perjalanan mengambil Masa Kira-kira 2 jam dari Hong Kong dengan menaiki keretapi. Sepanjang perjalanan kami telah melalui bandar Shenzen sebelum sampai di Ghuang Zhao. Kami telah melawat hostel di sana dan menginap di sana selama satu malam sebelum kami bertolak ke Shenzen. Seperti juga Ghuong Zhao, di Shanzen kami melawat hostel di sana dan menginap selama satu malam sebelum bertolak semula ke Macau dengan menaiki feri. Di Macau, kami terus ke lapangan terbang dan pulang semula ke Malaysia.













Disneyland

Kontinjen Malaysia

Youth Hostel di Hong Kong.

Peninggalan Gereja St Paul yang terdapat di Macau. Sebuah lagi terdapat di Melaka.

Youth Hostel di Ghuong Zhao.